LIMBANG: Hasrat tiga kaki judi untuk membelanjakan wang hasil judi hanya memakan diri, apabila tindakan mereka itu dapat dihidu polis dan ditahan di kawasan Tedungan dalam operasi Ops Dadu di sini malam Rabu lepas.
Operasi dan serbuan dijalankan sekitar jam 10.22 malam dan menahan tiga lelaki kesemuanya berasal dari kawasan Batu Danau berusia 43 hingga 53 tahun oleh sepasukan polis dari cawangan Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Limbang diketuai Inspektor Kantharuban.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata kawasan tersebut disyaki dijadikan port untuk kegiatan perjudian jenis Holo.
“Wang tunai sebanyak RM318 dan dolar Brunei BD320 dirampas, selain peralatan untuk diguna berjudi,”katanya disini semalam.
Kes terbabit akan disiasat dibawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.