LAWAS: Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara meskipun Malaysia berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia.
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, PKS terus berkembang pada kadar purata tahunan 8.6 peratus berbanding pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 5.4 peratus secara keseluruhan.
Menurutnya, PKS merupakan bidang ekonomi yang kekal stabil dalam pertumbuhan negara.
“Mengikut statistik terkini di bawah Pelan Induk PKS, menjelang 2020 kerajaan menyasarkan sumbangan PKS akan meningkat daripada 33 peratus kepada 41 peratus dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Selain itu berlaku peningkatan sebanyak 59 peratus kepada 65 peratus dari segi guna tenaga dan 19 peratus kepada 23 peratus dari segi eksport,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Seminar Industri Makanan di Lawas anjuran Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak di sini kelmarin. Lebih 1,000 orang menyertai seminar itu.
Turut hadir ialah Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pembangunan Estet) dan Menteri Muda Pembangunan Komuniti Datuk Peter Nansian Ngusie, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak Datuk Liaw Soon Eng dan Pegawai Daerah Lawas Husaini Hakim.
Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian berkata, Kementerian Pembangunan Perindustrian telah menggerakkan PKS dengan menyediakan pelbagai bantuan seperti kewangan dan insentif untuk mempergiatkan pertumbuhan PKS, termasuk usahawan mikro.
“SME Bank telah mengeluarkan pinjaman sebanyak RM159.5 juta pada tahun 2014 dan RM185.4 juta sehingga Oktober 2015 kepada PKS Sarawak.
“Selain itu, AIM juga mengeluarkan pinjaman mikro tertinggi kepada usahawan wanita Sarawak sebanyak RM165 juta pada tahun 2014 dan RM155 juta sehingga Oktober 2015,” tambahnya.
Mengulas mengenai pembangunan bagi sektor PKS, jelasnya, kerajaan juga telah membangunkan kawasan perindustrian ringan seluas 60 hektar untuk masyarakat niaga Lawas dengan Fasa 1 (30 hektar) telah siap dibina dengan kos sebanyak RM12 juta.
Beliau memberitahu, terdapat 83 lot untuk Fasa 1 dan usaha berterusan akan dilakukan untuk merealisasi pembinaan kilang kasut melalui pelabur dari Korea Selatan di Lawas.
“Oleh itu, masyarakat niaga khususnya di Lawas dan yang berdekatan dengan sempadan Sabah dan Brunei harus mengambil peluang yang disediakan kerajaan ini untuk meningkatkan perdagangan merentas sempadan,” ujar beliau lagi.
Selain itu, katanya, bagi Pusat Pertumbuhan Desa (RGC) Sundar/Awat-Awat yang bernilai RM50 juta pula, kerajaan turut menyediakan ruang untuk pengusaha PKS bagi industri kecil.
Perkara serupa turut disediakan untuk pengusaha kecil PKS di Merapok, Trusan hingga ke Long Tuan di Ulu Trusan.

Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.