11 March 2016

Pemimpin Wanita Bantu Kemenangan BN

LIMBANG: Pemimpin wanita yang dilantik di peringkat akar umbi berperanan menyalur maklumat tepat kerajaan kepada rakyat bagi menangkis segala fitnah yang dilontarkan pembangkang sekali gus memastikan Barisan Nasional (BN) menang majoriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ahli Parlimen Kota Samarahan merangkap Ahli Majlis Tertinggi Wanita PBB Sarawak Rubiah Wang berkata program turun padang dijalankan penting bagi memastikan wanita dapat mengenal pasti segala isu dan masalah rakyat.
Pada masa sama jelasnya, mereka perlu bijak menangani segala masalah selain menyalur maklumat mengenai dasar kerajaan kepada rakyat.
“Kita optimis pemimpin wanita akan dapat memberi kemenangan majoriti kepada BN dalam PRN akan datang,” katanya pada Seminar Pemantapan Isu anjuran Pergerakan Wanita PBB Negeri Sarawak di Dewan Kampung Bunga Raya Limbang.
Zon Limbang/Lawas adalah zon pertama yang mengadakan Seminar Pemantapan Isu.
Terdahulu majlis dirasmikan oleh ADUN Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail.
Turut hadir Pemangku Pengarah Biro Tatanegara Negeri Yunus Taib, Penolong Setiausaha Eksekutif PBB Petrus Igat, Ahli Majlis Tertinggi Wanita PBB Sarawak merangkap Pengerusi Penyelaras Zon Limbang/Lawas yang juga Ketua wanita PBB Cawangan Batu Danau Roszuina Labet, Ahli Majlis Tertinggi Pemuda PBB Sarawak merangkap Ketua Pemuda PBB Bukit Kota Kaunselor Sufian Mohat, Ketua Wanita Bukit Kota Kaunselor Noni Marlini Abdullah, Ketua Wanita PBB Bukit Sari Lawas Kaunselor Aisyah Bahar dan Ketua Pemuda PBB Cawangan Batu Danau Elvis Bongsu.
Seramai 50 peserta mengikuti seminar ini yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita PBB Bukit Kota, Batu Danau dan Bukit Sari Lawas.
Rubiah menjelaskan lagi program itu merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan dalam mendekati pemimpin akar umbi.
“Seminar ini dapat memberi pengetahuan amat berguna sebagai senjata diguna pakai bila berada di kawasan masing-masing.
“Komitmen dan kesungguhan pemimpin wanita dalam membantu Pemuda dan badan Bapa mampu memberi kemenangan besar kepada parti selain hadiah bermakna kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang merupakan presiden PBB,” katanya.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Tempatan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress