LAWAS: Karnival Usahawan dan Kepenggunaan Sarawak 2016 dan Regata Lawas bakal menyemarakkan semangat usahawan muda bumiputera untuk terus aktif menjalankan aktiviti perniagaan yang diceburi. Sehubungan itu, sejumlah lebih 200 gerai jualan dan pameran serta gerai untuk Lawas Kitchen bagi pengendali premis berasaskan makanan telah disediakan.
Karnival ini akan dimulakan dengan program Pemerkasaan Wanita Lawas yang akan disempurnakan oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada 9.00 pagi Jumaat ini. Ini diikuti dengan Tips Usahawan bersama Elfira Roy dan pentas rakyat pada sebelah petang dan malamnya.
Majlis perasmian karnival dan Regatta Lawas ini akan dirasmikan pada pagi hari Sabtu oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Dato’ Sri Alias bin Ahmad.
Selain itu, Menteri Muda diPejabat Ketua Menteri(Pembangunan Usahawan) dan Menteri Muda Perancangan Sumber, Datuk Haji Naroden Haji Majais juga akan menyempurnakan majlis bicara profesional bertajuk "Lubok Borong Di China dan Vietnam" yang akan disampaikan oleh Akademi Usahawan Muda, Sharifuddin bin Muda pada Jam 2.00 petang Sabtu ini.
Karnival ini turut diserikan dengan kemunculan beberapa artis terkenal seperti Dato Jamal Abdillah, Ella, Fizo Omar yang akan berkongsi Tips Usahawan dan ramai lagi untuk menghibur dan berkongsi ilmu keusahawanan dengan mereka yang datang.
Justeru itu, pihak penganjur menjangkakan kehadiran lebih 2 0 0 , 0 0 0 p e n g u n j u n g memeriahkan karnival di Lawas ini yang membabitkan penduduk negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, negara Brunei dan rakanrakan daripada seluruh negeri Sarawak.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.