LIMBANG: Lebih 5,000 penduduk bakal memeriahkan Program ‘Badudun’ (singgah) dan Lumba Kerbau yang dijangka dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Ahad ini.
Pengerusi Persatuan Melayu Limbang (PML) yang juga penganjur program, Mohamad Abu Bakar berkata program edisi ketiga itu menjadikan Kampung Gadong sebagai venue utama.
Beliau berkata lebih 40 ekor kerbau digunakan untuk program itu khususnya bagi acara lumba kerbau pelbagai kategori.
“Inilah masanya penduduk di sini bertemu dengan pemimpin nombor dua negara iaitu lawatan julung kalinya sejak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri,” katanya kepada media di sini, semalam.
Turut sama Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah.
Mohamad berkata antara aktiviti diadakan bermula hari ini ialah ekspo dan jualan, futsal, tarik kalat, sepak takraw, masakan, menjalin kelupis, menohor (menjahit) atap, mewarna dan seni kraf parang tempatan.
Manakala acara kemuncak pada esok (Ahad) ialah persembahan kebudayaan, kumpulan hadrah, guling tangan, lumba kerbau, jamuan selera kampung gerai-gerai rakyat, gasing, kuit, tarik kalat dan lumba kerbau.
Sebelum ini, Program Badudun dan Lumba Kerbau diadakan di Kampung Telahak pada 2014 kemudiannya di Kampung Meritam tahun lalu dan Kampung Gadong tahun ini.
Sementara itu, Hasbi berharap Program Badudun dan Lumba Kerbau dijadikan salah satu acara dalam kalendar pelancongan negara.
Katanya Limbang juga berpotensi dijadikan pusat industri penternakan kerbau yang mempunyai pasaran di negara Brunei.
--Utusan Borneo 19/03/2016
19 March 2016
Lebih 5,000 Penduduk Bakal Meriahkan Program ‘Badudun’
Posted by Unknown on 9:37 AM in | Comments : 0
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.