15 March 2016

Polis Limbang Serbu Pusat Judi Holo

PUSAT JUDI... Pasukan Polis Limbang berjaya membongkar pusat judi haram holo di Tedungan.
LIMBANG: Sepasukan polis daripada cawangan Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Limbang diketuai Inspektor Kantharuban berjaya menahan tiga lelaki tempatan yang terlibat dalam perjudian holo. Operasi dan serbuan dijalankan sekitar jam 10.22 malam dan menahan tiga lelaki kesemuanya berasal dari kawasan Batu Danau berusia 43 hingga 53 tahun.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata kawasan tersebut disyaki dijadikan pusat untuk kegiatan perjudian jenis Holo. "Kita berjaya menemui wang tunai sebanyak RM318 dan dolar Brunei BD320, selain peralatan yang digunakan untuk berjudi,"katanya. Kes terbabit akan disiasat dibawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Tempatan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress