LAWAS: Dasar mesra pelabur diamal Sarawak berjaya memacu ekonomi negeri ini ke tahap membanggakan sekali gus menarik pelaburan asing sebanyak RM11.81 bilion sehingga bulan September 2015 menjadikan Sarawak berada pada kedudukan kedua selepas Johor.
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Sarawak juga berjaya menarik pelaburan asing sebanyak RM9.64 bilion pada tahun 2014.
Selain itu katanya bagi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang dilancar pada 2008 juga menarik kemasukan pelaburan asing sebanyak RM30 bilion.
“Keadaan ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan dedikasi perkhidmatan awam,” katanya pada majlis perasmian Karnival Usahawan dan Kepenggunaan Sarawak dan Regata Lawas 2016, semalam.
Turut hadir ialah Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri, (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Kemudahan Awam, Datuk Slyvester Entri Muran, Wakil Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Malaysia yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Francais dan Kepenggunaan) Datuk Razali Othman, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, ADUN Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan kenamaan lain.
Awang Tengah berkata lagi kerajaan juga akan menumpukan perhatian kepada program perindustrian dalam usaha meningkatkan pendapatan negeri mahupun meningkatkan kesejahteraan hidup.
“Tumpuan diberikan kepada kawasan luar bandar selaras dengan dasar ‘Go Rural’ oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem,”katanya.
Kerajaan menurutnya turut menyedari potensi para belia dan wanita dalam bidang perusahaan dan perniagaan.
“Oleh itu kerajaan akan menumpukan usaha untuk memberikan kemahiran, pendidikan teknikal yang menambah bilangan pengwujudan estet lebih-lebih lagi di luar bandar.
“Hasrat ini sejajar dengan dasar kerajaan supaya negeri Sarawak ini akan diwujudkan estet perindustrian,”ujarnya lagi.
Pada masa sama beliau berkata kerajaan juga akan terus mempertingkatkan usaha untuk menarik pelabur sama ada dalam mahupun luar negara.
Terdahulu Razali berkata sebanyak 931 koperasi berdaftar untuk negeri Sarawak dengan bilangan keanggotaan seramai 329,331.
Selain itu katanya jumlah modal syer dan yuran terkumpul ialah sebanyak RM165.45 juta dan nilai aset terkumpul bagi koperasi di Sarawak bagi tempoh yang sama berjumlah RM562.29 juta dengan jumlah ‘turnover’ yang dicatatkan sebanyak RM227 juta.
“Ini menunjukkan bahawa koperasi di negeri ini adalah antara yang terbaik di antara ribuan koperasi yang terdapat di seluruh negara,” ujarnya lagi.
Jelasnya lagi tanggungjawab KPDNKK memberi keutamaan dalam isu kos sara hidup untuk menjaga kepentingan rakyat sejajar dengan prinsipnya sebagai menteri yang mengambil perhatian.
Atas tanggungjawab itu katanya pelbagai program diadakan di seluruh negara bagi membantu rakyat dengan menyediakan pelbagai insentif bantuan dan kemudahan terutamanya kepada golongan pertengahan dan bawah.
“Bagi Negeri Sarawak antara program yang dilaksanakan termasuk Kedai Rakyat 1Malaysia, Borneo Mart, Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), Projek Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) dan sebagainya,” katanya.
Jelasnya golongan usahawan perlu meningkatkan usaha, kemahiran dan pengetahuan untuk membangun diri agar keyakinan masyarakat terus dipertingkat. -Utusan Borneo-
--KLXpress 13/03/2016
13 March 2016
Sebanyak RM11.81 Bilion Kedua Selepas Johor - Awang Tengah
Posted by Unknown on 9:53 AM in | Comments : 0
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.