LIMBANG: Lebih 5,000 penduduk bakal memeriahkan Program ‘Badudun’ (singgah) dan Lumba Kerbau yang dijangka dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Ahad ini.
Pengerusi Persatuan Melayu Limbang (PML) yang juga penganjur program, Mohamad Abu Bakar berkata program edisi ketiga itu menjadikan Kampung Gadong sebagai venue utama.
Beliau berkata lebih 40 ekor kerbau digunakan untuk program itu khususnya bagi acara lumba kerbau pelbagai kategori.
“Inilah masanya penduduk di sini bertemu dengan pemimpin nombor dua negara iaitu lawatan julung kalinya sejak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri,” katanya kepada media di sini, semalam.
Turut sama Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah.
Mohamad berkata antara aktiviti diadakan bermula hari ini ialah ekspo dan jualan, futsal, tarik kalat, sepak takraw, masakan, menjalin kelupis, menohor (menjahit) atap, mewarna dan seni kraf parang tempatan.
Manakala acara kemuncak pada esok (Ahad) ialah persembahan kebudayaan, kumpulan hadrah, guling tangan, lumba kerbau, jamuan selera kampung gerai-gerai rakyat, gasing, kuit, tarik kalat dan lumba kerbau.
Sebelum ini, Program Badudun dan Lumba Kerbau diadakan di Kampung Telahak pada 2014 kemudiannya di Kampung Meritam tahun lalu dan Kampung Gadong tahun ini.
Sementara itu, Hasbi berharap Program Badudun dan Lumba Kerbau dijadikan salah satu acara dalam kalendar pelancongan negara.
Katanya Limbang juga berpotensi dijadikan pusat industri penternakan kerbau yang mempunyai pasaran di negara Brunei.
--Utusan Borneo 19/03/2016
19 March 2016
Lebih 5,000 Penduduk Bakal Meriahkan Program ‘Badudun’
18 March 2016
Belia Luar Bandar Harus Bijak Manfaat Kemudahan PI1M : Paulus
Dua Samun Wanita RM16,000, Seorang Berjaya Ditangkap
Gambar Hiasan |
17 March 2016
Lelaki Dilapor Hilang Di Hutan, Ditemui Selamat
DITEMUI: Melvin (duduk kiri) ditemui lemah oleh anggota bomba semalam |
Kerajaan Ikhlas Membantu Rakyat Kurangkan Beban Kos Sara Hidup
RINGAN BEBAN: YB Dr Abdul Rahman menyerahkan BR1M kepada seorang warga emas, disaksikan Hamdiah (dua kanan), Alie (kiri) dan Leong (kanan) semalam. |
Tidak Perlu Kuarantin, Kolera Terkawal di Limbang
YB Dr Abdul Rahman turut mencari maklumat di PI1M Kampung Meritam sambil disaksikan Nazarudin (berdiri, dua kiri) Mahmud dan yang lainnya semalam. |
15 March 2016
Polis Limbang Serbu Pusat Judi Holo
PUSAT JUDI... Pasukan Polis Limbang berjaya membongkar pusat judi haram holo di Tedungan. |
13 March 2016
Lengkap Wanita Dengan Ilmu Perusahaan
Persefahaman, Kesatuan Ahli PBB Tinggi
Sebanyak RM11.81 Bilion Kedua Selepas Johor - Awang Tengah
LAWAS: Dasar mesra pelabur diamal Sarawak berjaya memacu ekonomi negeri ini ke tahap membanggakan sekali gus menarik pelaburan asing sebanyak RM11.81 bilion sehingga bulan September 2015 menjadikan Sarawak berada pada kedudukan kedua selepas Johor.
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Sarawak juga berjaya menarik pelaburan asing sebanyak RM9.64 bilion pada tahun 2014.
Selain itu katanya bagi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang dilancar pada 2008 juga menarik kemasukan pelaburan asing sebanyak RM30 bilion.
“Keadaan ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan dedikasi perkhidmatan awam,” katanya pada majlis perasmian Karnival Usahawan dan Kepenggunaan Sarawak dan Regata Lawas 2016, semalam.
Turut hadir ialah Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri, (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Kemudahan Awam, Datuk Slyvester Entri Muran, Wakil Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Malaysia yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Francais dan Kepenggunaan) Datuk Razali Othman, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, ADUN Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan kenamaan lain.
Awang Tengah berkata lagi kerajaan juga akan menumpukan perhatian kepada program perindustrian dalam usaha meningkatkan pendapatan negeri mahupun meningkatkan kesejahteraan hidup.
“Tumpuan diberikan kepada kawasan luar bandar selaras dengan dasar ‘Go Rural’ oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem,”katanya.
Kerajaan menurutnya turut menyedari potensi para belia dan wanita dalam bidang perusahaan dan perniagaan.
“Oleh itu kerajaan akan menumpukan usaha untuk memberikan kemahiran, pendidikan teknikal yang menambah bilangan pengwujudan estet lebih-lebih lagi di luar bandar.
“Hasrat ini sejajar dengan dasar kerajaan supaya negeri Sarawak ini akan diwujudkan estet perindustrian,”ujarnya lagi.
Pada masa sama beliau berkata kerajaan juga akan terus mempertingkatkan usaha untuk menarik pelabur sama ada dalam mahupun luar negara.
Terdahulu Razali berkata sebanyak 931 koperasi berdaftar untuk negeri Sarawak dengan bilangan keanggotaan seramai 329,331.
Selain itu katanya jumlah modal syer dan yuran terkumpul ialah sebanyak RM165.45 juta dan nilai aset terkumpul bagi koperasi di Sarawak bagi tempoh yang sama berjumlah RM562.29 juta dengan jumlah ‘turnover’ yang dicatatkan sebanyak RM227 juta.
“Ini menunjukkan bahawa koperasi di negeri ini adalah antara yang terbaik di antara ribuan koperasi yang terdapat di seluruh negara,” ujarnya lagi.
Jelasnya lagi tanggungjawab KPDNKK memberi keutamaan dalam isu kos sara hidup untuk menjaga kepentingan rakyat sejajar dengan prinsipnya sebagai menteri yang mengambil perhatian.
Atas tanggungjawab itu katanya pelbagai program diadakan di seluruh negara bagi membantu rakyat dengan menyediakan pelbagai insentif bantuan dan kemudahan terutamanya kepada golongan pertengahan dan bawah.
“Bagi Negeri Sarawak antara program yang dilaksanakan termasuk Kedai Rakyat 1Malaysia, Borneo Mart, Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), Projek Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) dan sebagainya,” katanya.
Jelasnya golongan usahawan perlu meningkatkan usaha, kemahiran dan pengetahuan untuk membangun diri agar keyakinan masyarakat terus dipertingkat. -Utusan Borneo-
--KLXpress 13/03/2016
Pencuri Tertinggal Kad Pengenalan Di Rumah Mangsa
LIMBANG: Malang menimpa seorang pencuri yang tertinggal beg pinggang sewaktu melolos diri sebelum sempat melarikan barang curi di sebuah rumah berpenghuni di Taman Sri Patiambun tengah malam Khamis lepas.
Kegiatan suspek, 20, dari Merasam Limbang disedari penghuni terbabit iaitu seorang wanita yang bekerja sebagai jurutera apabila terdengar bunyi tingkap belakang rumahnya dibuka.
Difahamkan sebaik mendengar bunyi berkenaan, mangsa berusia 27 itu segera membuka lampu dan membuat pemeriksaan sebelum mendapati tombol pintu, pintu dan tingkat di hadapan dan belakang rumah sudah dibuka.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata mangsa segera menghubungi rakan yang bergegas ke kediamannya dan mendapati ada satu beg pinggang di luar pagar selain melihat seorang lelaki berbaju merah,berseluar pendek dan berkaki ayam melarikan diri.
“Rakan mangsa segera menghubungi polis dan menjumpai satu batang besi ditinggalkan di luar pagar selain beg pinggang mengandungi kad pengenalan suspek,” ujarnya lagi.
Suspek bekerja sebagai buruh jelasnya juga berjaya ditahan dan kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
--Utusan Borneo 13/03/2016
Ikan Tahai Didaftar Sebagai Harta Intelek Sarawak
Ikan Tahai
LAWAS: Produk kampung ikan tahai keluaran daerah Limbang dan Lawas sudah diiktiraf dan didaftar sebagai Harta Intelek Sarawak di bawah Petunjuk Geografi (GI) merupakan salah satu komponen Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Limbang dan Lawas amat popular dengan keluaran ikan tahai.
“Dengan ada pengiktirafan itu, ia akan mendapat pasaran lebih luas. Kita bakal membawa produk kampung kepada pasaran bandar dan luar bandar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas program Karnival Usahawan Majlis Perasmian Karnival Usahawan dan Kepenggunaan Sarawak dan Regatta Lawas 2016, semalam.
Untuk fakta, ikan tahai boleh dibuat sambal, keropok, serunding, atau dimasak sup yang dikenali sebagai ‘sup dadah tahai’.
Sementara itu katanya kerajaan Brunei menyatakan persetujuan menjadikan kawasan Limbang dan Lawas sebagai pusat pengeluaran ternakan termasuk kerbau, kambing dan ayam.
“Adanya pusat pengeluaran ternakan di kawasan kita kelak, ia bakal boleh memberi peluang kepada masyarakat kita untuk menjadi pengeksport daging halal ke Brunei,” katanya.
Usaha sama dengan Brunei ini, kata Awang Tengah satu peluang terbaik dalam memaju ekonomi domestik melalui kesedaran penduduk tempatan untuk berniaga.
Selain itu satu jawatankuasa sudah ditubuhkan untuk mencari mekanisme bagaimana meningkatkan sektor dan aktiviti ekonomi dalam pelbagai bidang yang dibincang termasuk penternakan, industri halal, perikanan, pelancongan dan sektor yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
--Utusan Borneo 13/03/2016