17 March 2016

Kerajaan Ikhlas Membantu Rakyat Kurangkan Beban Kos Sara Hidup

RINGAN BEBAN: YB Dr Abdul Rahman menyerahkan BR1M kepada seorang warga emas, disaksikan Hamdiah (dua kanan), Alie (kiri) dan Leong (kanan) semalam.
LIMBANG: Kerajaan ikhlas membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin meningkat melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi akibat kejatuhan harga pasaran minyak dunia.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail berkata bantuan tersebut satu daripada usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
Oleh itu katanya, bantuan berkenaan perlulah diguna-kan untuk tujuan berfaedah bagi membantu menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Rakyat perlu memberi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa menitikberatkan dan meng-utamakan keperluan rakyat khususnya di kawasan luar bandar,” katanya pada Majlis Penyampaian BR1M kawasan Bukit Kota  di Dewan Suarah Limbang semalam.
Turut hadir Pegawai Daerah Limbang Hamdiah Bakir, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Limbang Awangku Razak Pengiran Yusop, Pemanca Alie Jahar, Pemanca Leong Boon Ming dan jemputan lain.
Beliau berkata BR1M adalah usaha ikhlas kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah.
Dr Abdul Rahman berkata lagi bantuan BR1M bukannya kecil, malah ia melibatkan peruntukan yang besar bagi memastikan rakyat yang layak menerima bantuan berkenaan.
Tegas beliau, BR1M adalah terjemahan daripada rintihan rakyat yang direalisasikan kerajaan BN dalam bentuk memberi bantuan kepada mereka yang layak.
Jelasnya kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat melalui pelbagai program termasuk lebih 50 inisiatif yang dilancarkan sejak mentadbir negeri ini dua tahun lalu.
“Justeru rakyat perlu berdiri teguh di bawah pasukan Adenan dengan memilih calon yang boleh menang termasuk memastikan kemenangan kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN),” katanya.
Sokongan berterusan rakyat negeri ini penting bagi merealisasikan hasrat Adenan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan negeri ini.
Beliau berkata lagi banyak perubahan dinikmati rakyat hasil pentadbiran kerajaan BN selain hubungan rapat antara kerajaan pusat dan negeri.
Lebih 500 penerima me-nerima baucar BR1M me-rangkumi pelbagai kategori membabitkan peruntukan RM185,700.
Jumlah itu membabitkan RM152,650 bagi konstituensi Bukit Kota dan RM33,050 bagi Batu Danau.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Tempatan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress