Gambar Hiasan |
LAWAS: Tindakan seorang buruh menyembunyikan dadah jenis syabu dalam dompetnya membawa padah apabila perbuatannya itu terbongkar dalam satu serbuan di sini tengah hari semalam.
Dalam serbuan dijalankan jam 12.34 tengah hari itu suspek 40, ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Lawas diketuai oleh Inspektor Zulpaka Aidiee.
Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata hasil pemeriksaan dijalankan terhadap suspek, polis menjumpai satu keratan straw berwarna merah jambu dan biru muda mengandungi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu.
“Suspek dibawa ke balai polis Lawas untuk tindakan lanjut dan suspek turut negatif dadah selepas ujian saringan awal polis dilaku ke atasnya,”katanya dim sini semalam.
Abang Zainal menjelaskan lagi anggaran berat dadah yang dirampas adalah seberat 0.6 gram.
Selain itu katanya seorang juruteknik dari sebuah syarikat kerajaan dan pekerja pesisir laut diberkas kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam operasi yang dijalankan bermula jam 1.33 petang.
“Kedua-dua suspek berusia 19 dan 20 tahun masing-masing berasal dari daerah ini ditahan dan kedua-dua suspek juga positif Methapetamine dan Ampethamine selepas ujian saringan awal polis dilakukan ke atasnya.
Kes terbabit katanya akan disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) (a) ADB 1952.
Jelasnya operasi sama akan diteruskan dalam membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah ini.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.