11 March 2016

Polis Serbu Gelanggang Sabung Ayam

LIMBANG: Terkejut diserbu polis menyebabkan mereka yang berada di gelanggang judi sabung ayam dalam hutan di Jalan Lubai Tengah, Mendamit di sini kelmarin bertempiaran lari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar berkata dalam serbuan pada jam 3.30 petang diketuai Inspektor Ahmad Iswaizani, polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Limbang memberkas tujuh lelaki berumur antara 41 dan 75 tahun.
Polis turut merampas 18 ayam sabung hidup dan tiga ekor lagi yang telah mati, dan beberapa peralatan sabung ayam.
“Lebih 40 orang berada di gelanggang sebelum serbuan dan ramai daripadanya berjaya melarikan diri ke hutan apabila menyedari kehadiran pasukan polis,” kata Dev menerusi kenyataan media hari ini.
Mereka yang diberkas disiasat kerana kesalahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan 1962.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Tempatan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress