LIMBANG: Program Radio di Lokasi adalah usaha berterusan RTM mendekati rakyat sekali gus menyampaikan dasar-dasar kerajaan dan maklumat dengan lebih berkesan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail berkata program itu sebagai pendekatan efektif turun padang bertemu masyarakat di bandar mahupun luar bandar.
Katanya program itu menjadikan agensi kerajaan penting seperti RTM dan agensi-agensi kerajaan lain memberi maklumat secara terus dan bersemuka kepada rakyat.
“Program Radio di Lokasi bertujuan mendekatkan RTM kepada pelanggan mereka melalui pelbagai aktiviti termasuk pertandingan ‘busker’ yang dapat memberi maklumat kepada rakyat mengenai program kerajaan,” katanya pada Pertandingan Juara Buskers sempena Program Semarak Sejiwa Limbangfm di Lot 777 tempat letak kereta Majlis Daerah Limbang (MDL).
Turut hadir Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat dan Pengurus Stesen RTM Limbang Montogomary Montahar.
Dr Abdul Rahman yang juga penaung program itu berkata, ia usaha terbaik mencungkil bakat baharu di kalangan belia dalam bidang nyanyian untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
“Walaupaun penyanyi jalanan atau buskers sering dipandang rendah sesetengah pihak namun kejayaan kumpulan buskers di negara ini menyerlahkan bakat mereka yang mampu mewarnai industri muzik tanah air.
Sebanyak lapan kumpulan menyertai pertandingan itu.
Kumpulan Revival Buskers dari Limbang muncul johan manakala naib johan dimenangi kumpulan D’Boket dan ketiga kumpulan Darkhouse yang turut memenangi persembahan terbaik.
Juara membawa pulang wang tunai RM1,000 manakala tempat kedua RM800 dan ketiga RM500 berserta piala dan sijil penyertaan masing-masing.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.