11 March 2016

SMK Limbang Terima Geran Kerajaan Sebanyak RM30,000

LIMBANG: Sekolah menengah tertua di bahagian ini iaitu SMK Limbang menerima perhatian pemimpin tempatan sebagai sokongan menjulang pendidikan dan pencapaian sekolah itu.
Sejumlah RM30,000 geran kerajaan diagihkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail pada Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Limbang Ke-21.
Jumlah itu merangkumi peruntukan untuk membeli peralatan meja dan kerusi baharu, kem kecemerlangan akademik, kelab kebajikan guru dan mesyuarat tersebut.
Turut hadir Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Suraya Habibollah, Pengetua SMK Limbang Matzinan Wahit serta jemputan lain.
Pada program itu, Dr Abdul Rahman turut menyerahkan wang Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia kepada sebilangan pelajar sebagai simbolik penyerahan wang bantuan tersebut.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Tempatan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress