Gambar Hiasan |
LIMBANG: Anggota polis terpaksa membuat keputusan memecah pintu kayu sebuah rumah selepas dua lelaki enggan bekerjasama membukanya dalam operasi dan pemeriksaan aktiviti penyalahgunaan dadah di Kampung Bangkita Isnin lalu.
Dalam pemeriksaan jam 3.15 petang itu sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik diketuai Inspektor Muhammad Hadi menyerbu ke sebuah rumah di kampung berkenaan.
Bagaimanapun penghuni rumah itu enggan membuka pintu menyebabkan polis terpaksa memecah pintu kayu untuk memasuki rumah terbabit.
Ketua Polis Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata ketika pemeriksaan dijalankan kedua lelaki cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditahan.
“Hasil pemeriksaan kita menjumpai enam keratan tiub straw lutsinar kemerahan di dalamnya mengandungi ketulan kristal jernih disyaki dadah jenis syabu diletak di atas lantai bilik di rumah berkenaan,”katanya kepada media semalam.
Mohd Bukhori menjelaskan hasil siasatan awam mendapati suspek pertama berusia 30 tahun terlibat dengan dadah sejak 13 tahun lalu hingga kini dan suspek kedua berusia 28 tahun mengambil dadah jenis syabu sejak sembilan tahun lepas hingga kini.
“Kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga Jumaat dan mereka didapati positif Methapetamine dan Ampethamine selepas ujian saringan awal polis dilakukan ke atasnya,”ujarnya.
Jelas beliau lagi siasatan akan diteruskan bagi mengesan punca bekalan dadah diperoleh dan penglibatan rakan suspek terbabit.
Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 12(2)ADB 1952.
Dalam kes berasingan pula, tujuh pekerja wanita warga Thailand, dua pelanggan lelaki warga Indonesia dan seorang penjaga premis warga tempatan ditahan selepas disyaki menjalankan kegiatan yang dipercayai melanggar peraturan Akta Passport,Akta Imigresen 1959/63 di sebuah premis urut di sempadan Tedungan malam kelmarin.
Dalam serbuan jam 8.30 malam itu, sepasukan polis cawangan D9 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak telah membuat pemeriksaan di premis perniagaan urut di kawasan terbabit.
Kes terbabit akan disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen, Akta Pasport 1959/63 (Pindaan:2002 Akta Pasport).
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.