CARI BUKTI: Anggota polis menyerbu sebuah kedai di bandar Limbang dalam Ops Dadu kelmarin. |
LIMBANG: Tindakan seorang lelaki mengaut keuntungan dengan menjalankan kegiatan penjualan nombor ekor haram memakan diri apabila kegiatannya dapat dihidu polis dalam Ops Dadu di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.21 petang, sepasukan polis diketuai Inspektor Kantharuban menyerbu sebuah premis di bandar ini sebelum menahan seorang suspek di kaunter pembayaran.
Suspek berbangsa Cina berusia 31 tahun ditahan dan beberapa peralatan berkaitan kegiatan nombor ekor haram turut dirampas termasuk wang tunai bernilai RM256.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata antara barangan dirampas termasuk dua helai kertas tertulis nombor empat angka, satu unit telefon bimbit, satu batang pen dan wang tunai RM256.
Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.