Gambar Hiasan |
LIMBANG: Menyedari dirinya ditipu selepas menunggu lebih 10 hari baju yang ditempah menerusi aplikasi WhatsApp tidak diterimanya, seorang wanita membuat laporan polis di sini, Jumaat lepas.
Dalam kejadian itu mangsa yang berusia 24 tahun, berbangsa Melayu kerugian RM750 sebaik memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun suspek pada 27 Mac lepas.
Menurut fakta kes mangsa menempah baju jubah menerusi aplikasi WhatsApp dengan memasukkan wang RM750 ke dalam akaun suspek, juga seorang wanita.
Bagaimanapun, sehingga kini mangsa tidak menerima tempahan baju jubah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata sehingga kini barang ditempah tidak diterima dan suspek juga gagal dihubungi.
Kes berkenaan katanya akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.