24 March 2016

Warga Emas Ditemui Koma, Pakar Percaya Wujud Unsur Jenayah

LIMBANG: Seorang warga emas ditemui tertiarap tidak sedarkan diri di bilik mandi rumahnya oleh majikan di Kampung Sembiling di sini, Khamis lalu selepas dua hari tidak turun bekerja.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai  berkata, mangsa, 66, ditemui majikan dalam keadaan ada kesan benjolan di dahi, kesan luka kecil di lutut kiri dan kaki serta calar di bahagian perut hasil pemeriksaan hospital dan dihantar ke Hospital Miri jam 2 petang pada hari kejadian.
Sebelum ini hasil pemeriksaan Hospital Limbang mendapati mangsa dipercayai terjatuh di dalam bilik air.
Bagaimanapun, katanya, hasil pemeriksaan lanjut doktor pakar dari Hospital Miri kelmarin mendapati ada unsur jenayah terhadap mangsa dan anak mangsa sudah membuat laporan polis.
Mangsa yang kini dalam keadaan koma akibat mengalami pendarahan otak dipercayai tinggal seorang diri dan kata Mohd Bukhori, kes berkenaan masih dalam siasatan.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Tempatan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress